Latest Movie :
Home » » Sitora Harimau Jadian N/A

Sitora Harimau Jadian N/A

{[['']]}



sebuah blog berbahasa Inggeris menyatakan semasa filem Sitora di dalam proses pra-tonton, lembaga pengarah Merdeka Film Productions terus bangun dan keluar dari tempat tayangan setelah melihat hanya beberapa minit filem ini kerana tidak berpuas hati dengan filem suntingan P. Ramlee tersebut. Dan dipercayai juga ini antara sebab kenapa filem pertama arahan beliau dibawah Merdeka Film Productions ini hanya ditayangkan sekali di kaca TV pada tahun 1970-an sebelum pita asalnya dilaporkan hilang. Ada pihak mendakwa pita tersebut ‘sengaja’ dihilangkan kerana filem tersebut tiada kualiti? Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai novel ini untuk mengetahui misteri cerita Harimau Jadian tersebut.

Saya menghabiskan 3 jam, setin Coca-cola dan sebungkus Twisties untuk membaca novel ini sehingga penamat. Tora diambil dari perkataan Jepun yang bermaksud ‘Harimau’, ini tidak asing lagi bagi P.Ramlee kerana beliau boleh berbahasa Jepun dan bagi yang tidak pernah mengetahui latarbelakang muzikal P.Ramlee. Kemahiran beliau memainkan alat muzik sebenarnya kerana diajar oleh seorang pegawai tentera Jepun.

Novel ini mengisahkan Sitora, Harimau Jadian yang menganggu ketenteraman penduduk Kampung Kiambang, seorang doktor bernama Effendi telah datang membuka klinik desa bagi membantu penduduk kampung disamping cuba mengekang kepercayaan tahyul yang masih menguasai pemikiran penduduk di situ. Akhirnya Dr. Effendi pula yang terkena sumpah dan menjadi anak Sitora yang menganas setiap kali melihat cermin dan perlu membunuh bagi meneutralkan kembali sumpahannya buat seketika. Kemudian, Dr. Abu Bakar pula didatangkan khas oleh OCPD Mutalib untuk membantu Dr. Effendi yang terkena penyakit misteri itu. Akhirnya misteri Sitora terjawab apabila mengetahui tok dukun di ulu kampung tersebut yang menjelma sebagai Sitora bagi memungut wang perlindungan.

Novel ini bagi saya bukanlah karya sastera yang hebat, jika diniliai semula P.Ramlee seorang yang tercicir dari pelajaran kerana minatnya yang mendalam terhadap seni (muzik & lakonan). Persembahan tata bahasa di dalam novel ini adalah biasa sahaja. Ia juga sesuai sebagai bahan bacaan kanak-kanak kerana agak santai. Sebagai contoh, saya sering bersua dengan susun ayat seperti ‘ Sitora menganas di kampung. Orang kampung sangat benci Sitora…. atau Pendekar Amin bimbang keselamatan keluarganya. Keluarga pendekar Amin dalam bahaya…

Saya mengesyaki Tok Dukun adalah Harimau Jadian sejak kali pertama watak beliau digambarkan pada mukasurat 15. Jadi saya tersenyum megah bila mengetahui beliau memang Harimau Jadian pada pengakhiran cerita. Dan penjelasan P.Ramlee melalui watak Dr. Abu Bakar kenapa Tok Dukun sendiri mendedahkan kelemahanan beliau pada kayu tas kerana Tok Dukun merasakan tiada sesiapa yang mempunyai kayu tas di Malaya adalah tidak konkrit sekali! Bukan itu sahaja, malah sebelum itu tok dukun turut mendedahkan tempat persembunyian beliau sewaktu menjadi Sitora dan turut mendedahkan kelemahan beliau pada jala yang membuatkan ilmu ghaib beliau tidak ampuh? Bagi saya ini adalah kelemahan penceritaan yang terdapat di dalam novel ini.


Share this article :

Post a Comment

JIKA VIDEO BROKEN SILA LAPORKAN KEPADA KAMI,JIKA ANDA INGIN MELIHAT MOVIE YANG TIADA DALAM BLOG INI ATAU APA-APA CADANGAN,KRITIKAN BOLEH LAH MEMBERITAHU KAMI DISINI SAMBUNGAN INTERNET ANDA HENDAKLAH BERKELAJUAN TINGGI UNTUK MELIHAT VIDEO DALAM LAMAN INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Full Movie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Free Blogger Templates
Proudly powered by Blogger