{[['']]}
Di pulau Jawa tinggal seorang pemuda bernama Ahmad dengan ibunya Suratna. Untuk mengelakkan pergaduhan dengan jiran-jirannya, Ahmad terpaksa meninggalkan kampung. Ibunya memberi sebilah keris sakti peninggalan suaminya yang dihadiahkan oleh seorang alim. Ahmad memutuskan untuk menjadi kelasi kapal dan ketika di pelabuhan dia berkenalan dengan Jaiman yang juga mempunyai tujuan yang sama. Mereka berdua berlayar ke Mesir. Nilam pula ialah seorang puteri raja Mesir yang berada di bawah kuasa seorang ahli sihir yang membuatnya menari tidak sedarkan diri. Dalam keadaan begitu, puteri Nilam menyamar sebagai Dilara dan pergi menari di sebuah kedai minuman keras. Di sana, Rashid, anak Perdana Menteri cuba mengganggu Dilara. Ahmad dan Jaiman yang juga berada di situ cuba membantu Dilara. Mereka berdua ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Paiman (abang kepada Jaiman) yang berpengaruh serta bersahabat dengan Perdana Menteri. Selepas itu, Ahmad bertemu Dilara sekali lagi di pesta Sungai Nil, dan masing-masing meluahkan perasaan cinta mereka. Sesudah berjaya menyembuhkan penyakit Nilam, raja berhasrat mengahwinkan Nilam dengan Ahmad. Perdana Menteri yang inginkan supaya anaknya Rashid dapat berkahwin dengan Nilam, cuba menghalang Ahmad dengan menyuruhnya pergi mendapatkan sebutir permata biru yang besar untuk dijadikan mas kahwin. Permata biru itu terletak begitu jauh dan dikawal pula oleh mayat-mayat berhantu. Dalam perjalanannya, Ahmad bertemu seorang alim yang memberinya seekor kuda terbang dan tali pinggang sakti yang membuat pemakainya tidak dapat dilihat orang
Post a Comment